UMS ni terletak di Kota Kinabalu and sebelah mall je(1 borneo). So ni tempat lepak2 student UMS la...
Kadang2 tgh jalan2, kalau tiba2 nampak mcm ade org tgh menyorok2 kiranya dorg ni tgh menyorok dari senior(hehe xde la).
Tapi nak dikatakan betapa mall nI mcm tmpt semua budak UMS melakukan aktiviti melepaskan stress seperti makan, wayang, bowling, beli barang dkt giant.... etc
Jadi as a medic student, fakulti kami adalah seperti fakulti medic di kebanyakan Universiti. Ianya berada di hujung dunia. So tiap hari kita org akan tunggu bus dpn kolej TM and pegi fakulti. Balik slalunya naik grab, tapi kadang2 buat muka tembok, pegi tanya pakcik bas yg tgh rehat2 dkt dpn roundbout dkt fakulti. Oh ya... dpn fakulti kita ada roundabout besar.
Jadi mmg tiap hari akan ke kelas sblm jam 8. Tunggu bas dlm 7.20 pagi. Bila sampai fakulti makan la dulu di cafe bagi mendapatkan tenaga konon, tapi time lect masih berperang dengan mata.
So slalunya isnin sampai khamis pakai kemeja, and jumaat baju melayu. Ada juga yg tiap hari pakai kemeja, dan ada juga yg rabu pakai baju koporat, khamis baju batik.
Slalunya, sehari ada dua lect kecuali jumaat satu, lepas tu akan ada hari yg ada subjek dipanggil sebagai SLP, dimana lecterur bagi bahan baca sendiri, dan petang setiap minggu akan ada satu hari ada subjek SGD, yg ni lect bagi soalan, then korg cari jawapan bincang dalan group dkt bilik pbl daru pukul 2 sampai 5 and then dalan masa tu lect akan masuk bincang jawapan. Kalau awal lect masuk, awal la balik.
Slp pulak selalunya dalam seminggu ada dua kali, slalunya ada lepas 2 lect pagi.
Lect pagi, 8 sampai 10. 10 sampai 10.30 rehat and then slp 2 jam sampai 12.30. Then rehat sampai pukul 2.
So ade hari yang korg kena pegi faculty lain dipanggil ppib untuk subjek bahasa. Mcm batch saya kami hari rabu.
So setiap hari, kdg2 balik pukul 5, kdg2 awal sikit, kdg2 tengahari da bole balik.
Then sehari dlm seminggu akan ada subjek teras universiti lagi satu, and slalunya buat malam, dari 7 sampai 9.
Haihh tu dulu la... ni utk bakal year 1 laa.... soo nanti la sambung, nak tidur dulu, so bole komen bagitau nak tau pasal apa...
Mcm mana boleh terdetik admin nk ambik bidang perubatan?
ReplyDelete