Ahhh... ni yg baca ni admin nak bagi tips khas mcm mana admin dapat straight A's dulu.
Result admin takde la gempak mana tapi ni huraian result tu:
BM: A+
BI:A-
SEJ:A+
MATH:A+
PAI:A+
ADDMATH:A-
BIO:A+
CHEM:A+
FIZ:A. (6A+ 1A 2A-)(spm 2015)
so mcm adik2 tgk ada subjek yg abg dapat A-, nanti abg kongsikan apa yg menyebabkan abg tak boleh score at least A. Adik2 kena ingat, A- ni sbnarnya ibarat ,nak bagitau yg adik2 ni takde B je dlm spm, dlm erti kata lain, bila nak mohon biasiswa, banyak company yg nak tengok A dengan A+ je.
So masuk part tips, mcm admin, dulu admin sekolah asrama penuh, so hidup lebih terkongkong, kalau nak berjimba tiap minggu x bole. So admin akan nomborkan tips supaya adik2 lagi senang faham.
1.time form5 ni adik2 kena btl2 berkorban, stop main game trus kalau boleh(kalau tak leh main seminggu sekali cukup la hehe bknya boleh pengsan kan?).
2.pastikan setiap hari lepas kerja rumah siap, dalm pukul 8.00 sampai 10.30 malam tu jadikan masa utk study, banyakan buat latihan terutama sekali add math.
3.pastikan petang2 riadah supaya tak stress, kalau suka main game jadikan petang tu waktu main game.
4.lepas tu time sabtu ahad tu, jadual admin slalu camni. Pagi dalam kul 8 or 9, tu admin dah start belajar( buat nota ke/ atau latihan), kul 12 admin stop and tidur sampai zuhur, lepas zuhur admin sambung sampai pukul 4 or 5 cukup la.
5.jgn ingat bila admin cakap admin belajar dari kul bape sampai bape, korg ingat admin belajar non stop, salah tu, sbnarnya admin akan stop skjap dalam 10min, gi makan2 ke, baca whatsap japppppp(ingat jap je eh), sng kata kalay belajar dalam 3 jam ada beberapa kali admin akan berhenti rehat 5 ke 8 min.(tapi kalau tak tahan mengantuk, tidur je, tapi tak boleh la tiap hari tidur je hehe)
6.kehidupan admin kat asrama tanpa phone sbnarnya amat membantu, sbb admin boleh trus start blajar, korg mesti kalau nak blajar korg main phone dulu kan pastu drag sampai setengah jam atau sampai ngantuk, hahaha masa admin buat asasi and boleh bawa phone mcm ni la kehidupan admin, sbb tu tak dapat 4 flat tu aduhh...
7. Jgn tinggal duha tiap hari, kalau boleh mlm2 tu tahajud and hajat
8.pastikan korg tak pernah tertinggal satu2 topik tu sampai lama sangat tak paham
9. Blajar spm tak sama mcm bljr pt3 or mcm admin pmr, banyak hafal je kan time pt3. Time spm admin dah tukar cara bljar admin hafal dan paham, sbb bila dah paham benda tu melekat dlm otak. Cara admin mcm ni, korg baca sesuatu topik atau proses tu ulang2 sampai korg nampak flow dia pastu "cuba try" ingat balik, insyallah sampai spm admin ingat dulu, tapi kena selalu revise balik
10. Pastikan bila korg bljar something buat ulang2 baru ingat, mcm admin dulu, admin cam budak nerd sikit, tapi cara ni membantu, bila takde pape nak buat, atas katil ke kat mana2, admin akan ingat balik hafalan admin sambil cakap dalam hati.
And kenapa admin dapat A- utk +math and english. Ni tips supaya korg tak ulang, utk +math adik2 mesti ingat ni, latihan mesti buat slalu, kalau dekat2 exam tu buat pass year byk2, sng kata utk +math buat latihan je, kalau english pulak, dia more to talent, tapi kalau korg mcm admin yg takde talent ni, korg kena byk baca contoh essay, and highlight perkataan yg bagus2, and tengok cara dia buat kaji sikit, lps tu kalau boleh buat awal2 yg ni, tiap minggu hantar satu essay kat cikgu korg, and suruh dia. Tandakan and explain kesalahan, dari situ je korg dah boleh improve grammar, cara penulisan, semua lah sng kata
Okay tu je setakat ni, sbnarnya setiap subjek ada cara tertentu nak blajar, kalau korg berminat nak tau detail bagitau la ehh...